Jumaat, 12 Jun 2009

::: Mithalinya Seorang ABAH :::

Masjid Saidina Uthman
Bermulalah sebuah kisah... Hari ni hari jumaat (saiyidul ayyam=penghulu segala hari) seperti biasa aku akan pergi menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang muslim untuk mengerjakan solat jumaat. Terdetik di hatiku untuk pergi solat di Masjid Saidina Uthman setelah lama tak ke sana.

Nak cerita sikit pasal khutbah yg disampaikan oleh salah seorang imam kat situ. Maudu'nya berkisarkan tentang 'Bapa Mithali'. Mesti ramai yg agak janggal bile dengar sebab biasanya kita kerap dengar pasal ibu mithali.

Buat sahabat2 yg bakal melangsungkan perkahwinan & yg bakal bergelar bapa mungkin boleh study sikit pasal apa itu 'Bapa Mithali'.

Aku suka dengar ustaz ini berkhutbah sebab dia menyampaikan khutbah dengan penuh semangat & mataku tak layu seperti hari2 jumaat yang lain. Selain tu, ustaz ni bagi khutbah tanpa tengok teks. Subhanallah. Kali terakhir aku dengar berkhutbah tanpa teks waktu berada di PASum.

So, apa itu 'Bapa Mithali' menurut acuan Al-Quran. Kita boleh rujuk sama2 kat surah Luqman.

1. Seorang bapa yang baik adalah yang mengajar tentang Aqidah kpd anak2nya.

Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

2. Bapa juga bertanggungjawab untuk mengajar anak2nya tentang perbuatan baik & buruk. Maka anak2 akan kenal dosa & pahala. Lantas mereka juga akan tahu apa itu syurga & neraka. Seterusnya mereka boleh membezakan mana yg baik & mana yg buruk. Kerana semua perbuatan akan diberi balasan oleh Allah.

“Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu amalan itu hanya seberat biji sawi dan sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di laut atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Pakar.”

3. Seorang bapa perlu menekankan kepada anak2nya tentang perihal mendikan solat, menyeru perkara2 yg ma'ruf & mencegah perkara2 mungkar serta mengajar anak2 supaya bersabar.

“Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan dan larangkan mereka berbuat kemungkaran dan sabarlah di atas kesusahan yang menimpa engkau. Sesungguhnya urusan sedemikian adalah dari urusan-urusan yang dilakukan dengan penuh keazaman.”

Wallahua'lam

p/s: Kepada sahabat yang bakal berkahwin jangan lupa amalkan benda ni serta jgn lupe jemput g kenduri. huhu

sahabatku: Sobri (medic USIM) & zaujah

Tiada ulasan: