Rabu, 17 Jun 2009

:: Kuliah Subuh Istimewa oleh YAB Ust Nizar :::


...Kisah bermula mlm semalam (16/06/09) bila mana ade sorang sahabat bagi tau esk ade kuliah subuh istimewa oleh YAB Ust Nizar. so cadangnya hari ni nak bgn awal. InsyaAllah dgn asbab ade kuliah subuh aku berazam nk bgn awal nak solat jemaah. Niat aku mesti kerana Allah bkn kerana org lain. kena betulkan nawaitu balik. alhamdulillah pg ni dapat bangun pg & solat subuh jemaah kat surau kolej. Pastu setelah selesai berdoa ku ayunkan langkah kaki utk g ke surau luar utk mendengar kuliah subuh oleh YAB Ust Nizar.


Ni 1st time aku dengar kuliah & ceramah oleh YAB Ust Nizar. Rasa excited sgt. huhu. Mana taknya YAB Ust Nizar byk kontroversi berkenaan isu politik di Perak. Tapi pg td kuliah subuh bukanlah berkisarkan pasal politik tp YAB Ust Nizar berbicara tentang soal "Orang yg dimurkai Allah"(al-maghdubi) dalam surah al-fatihah.


Siapa org yg dimurkai oleh Allah itu? Iaitu org atau kaum yang mengannggap diri mereka special di muka bumi Allah ini. YAB Ust Nizar memberi cth melalui kisah2 dalam Al-Quran iaitu berkaitan dengan Kaum Aad, Kaum Tsamud, & juga kaum Firaun...
Maka YAB Ust Nizar memetik ayat2 suci Al-Quran daripada surah Al-Fajr; ayat 6-14:

06. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?
07. (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
08. yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
09. dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah
10. dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak),
11. yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,
12. lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu,
13. karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab,
14. sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.

Lantas YAB Ust Nizar menyarankan supaya kita mengambil iktibar dari kisah2 yg tlh diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran. Konklusinya YAB Ust Nizar mengingatkan kpd semua jemaah yg hadir dengan ayat Al-Quran drpd Surah Al-Hujurat di mana yg Allah pandang kpd umat manusia bukanlah pada kespecialan sesuatu bangsa atau keturunan tp yg mulia di sisi Allah adalah mereka2 yg lebih taqwanya.


Firman Allah dalam Al-Quran: 'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).' [Surah Al-Hujurat:13]


Wallahua'lam

p/s: Doakan mg ISLAM kan menang di PERAK & di mana jua.
Ingatlah sesungguhnya ISLAM pasti akan mng, jd adakah kite turut sama menyumbang kpd kmngn ISLAM???
Fikir2kanlah & renung2kan..

3 ulasan:

Ibn Haji Salam berkata...

ada gambr awk dak?nak kenal muka.sok ltak kat blog ble?

apa2x jer ak nih.klu boleh ler..

Ibnuzulkeflei berkata...

ade.. insyaAllah
nant sy ltk

Zuhdi Arshavin berkata...

Ini pendapat aku saja. Bg aku mmg betul apa yg disampaikan diceramah itu. Aku pn sokong org yg menjalankan pemerintahan Islam. Tp, adakah Nizar memberikan kuasanya kpd org Islam? Brapakah exco yg beragama Islam ketika dia menjadi MB? Adakah dia menolong org Islam ketika pemerintahannya? Ataupn dia hanya memenuhi permintaan bangsa lain dengan memberikan tanah, tempat penternakan khinzir, dan sebagainya? Berhati-hatilah dgn manusia di akhir zaman ini. Ada sesetengah di antaranya yg snggup menggunakan al-Quran untuk meraih kemenangan. Aku xkata yg aku ni betul dan hg salah. Cuma fikirkan apa yg aku kata terlebih dahulu. Nabi SAW mengingatkan kita supaya berfikir terlebih dahulu sblm membuat sesuatu perkara. Komen?