Rabu, 10 Jun 2009

::: DUNIA basah :::


"...hehe ape benda la dunia basah ni kan??? buat saspen je"
saje je nak interpret dalam bahasa melayu. hari tu aku gi satu tempat ni nama die "dunia basah" dlm kalau dalam BM (nak martabatkan bhs melayu bkn nak boikot PPSMI..huhu) tp kalau dalam BI nama die "Wet world"

Tempat ni best gak tp lg best kalau g Sunway Lagoon. hehe. Saje suka2 nak g main air.
Ramai gile org hr tu mana taknya sekarang ni tengah musim cuti sekolah. aku pun hampir lupa sebab dh lama x g sekolah. hihi

Bile cerita pasal air ni banyak gak la benda yang nak aku kongsikan dengan sahabat2ku.
Antaranya kisah 'Air Mata Nabi Adam':

Sahabat2 tau x, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sungguh air ini.”

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya’Allah.

p/s: Buat sahabat2 seperjuangan ambillah iktibar dari kejadian air yang diciptakan oleh ALLAH. Marilah kite lihat kebesarannya. Bukan sekadar berseronok bermain air tp sejauh mana kite melihat kebesaran Ilahi dengan pandangan mata hati.

Bak kata org melayu dahulu kala "..Air yang dicincang tak akn putus.." begitulah ibarat ukhwah yang diikat dengan ikatan AQIDAH yg sama x kan pudar sebaliknya akn mekar hingga bertemu Ilahi

Wallahua'lam

Tiada ulasan: