Ahad, 14 November 2010

:: USROH sempoi ::

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Mafhum hadith Nabi Muhammad S.A.W:

Daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila kamu lalu di taman syurga, hendaklah kamu masuk bersiar-siar dan menikmati segala yang ada dalamnya. Dikatakan apa taman syurga itu? Sabda Baginda: Itulah majlis zikir. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Dalam hadis ini, Rasulullah memberi ingatan supaya kita mengambil peluang untuk berada dalam majlis zikir, majlis ilmu atau Al-Quran. Jadi kawan-kawan kalau ada majlis ilmu, kawan-kawan kena pergi tau. Ingat ya kawan-kawan!!!


Seperti biasa usroh PAPISMA akan diadakan setiap bulan. Sempoi sahaja usroh PAPISMA kali ini. Mana taknya kali ini buat kat taman lain daripada yang lain. Seronok sangat dapat melihat dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Subhanallah.
Dapat pulak hirup udara segar di kala petang bersama desiran angin sepoi-sepoi bahasa sambil mendengar halua telinga sebagai peringatan buat hamba-hambaNya. Alhamdulillah.
Terasa bagaikan berada di taman-taman syurga. Ceria je semua :)



Dalam usroh kali ini Ustaz Jamir mengulas hadith ke-25 daripada hadith 40 Imam An Nawawi.
Mafhum hadith tersebut:

Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

Hadis riwayat al-lmam Muslim


Jom kita ambil pengajaran daripada hadith ni:

(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.

(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.

(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap ( سبحان الله ), bertahmid iaitu mengucap ( الحمد لله ), bertahlil iaitu mengucap لا إله إلا الله , menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan intim bersama isteri pun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.

(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang masa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.

(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.

Wallahua'lam

Alhamdulillah... lepas je habis usroh dah ada doktor-doktor & ustaz yang bersedekah dengan belanja anak usroh makan. Bak kata pepatah arab; ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tak berbuah. Terima kasih & syukron jazilan kepada mereka yang bersedekah. Moga Allah membalas jasa baik kalian.


Jadi kawan-kawan jom kita bersedekah. Macam-macam cara boleh kita buat asalkan tak melanggar batas-batas syari'at Islam. Indahnya hidup bersama Islam.
ISLAM untuk semua...


p/s: Kawan-kawan yang nak join usroh PAPISMA boleh bagi tau saya ya. Kita pergi sama-sama.

2 ulasan:

Salsabila berkata...

bestnye... lame x gi usrah. huhu

ibnuzulkeflei berkata...

jom la g usroh papisma... klu rajin leh turun kl. USROH BEST... :)