Jumaat, 26 Februari 2010

keCINTAanku...


Ya Allah kecintaanku hanya padaMu & kekasihMu Nabi Muhammad SAW... Malu rasanya ingin aku menyatakan cinta kepada Rasulullah SAW saat terkenang kelahiranmu Ya habibi Ya Muhammad di setiap tahun pada tanggal 12 Rabiul Awal (26 Feb 10) kerana diri ini belum mampu menjadi umatmu yang terbaik. astaghfirullah...


Namun mungkin kerana perasaan malu ini maka aku malu untuk mengamalkan sunnahmu Ya Rasulullah. Teringat aku pada kata-kata motivasi daripada Prof Muhaya yang mana untuk menjadi orang berjaya (terutamanya mukmin berjaya) mesti membuang sifat-sifat negatif contohnya perasaan malu ini. Bak kata prof kena DELETE benda-benda negatif ini. InsyaAllah akanku cuba men'delete'nya...(mungkin sahabat2 juga boleh delete gak)


Lantaran itu, alhamdulillah aku bersama-sama sahabat2 seperjuangan mengambil peluang masa yang ada ke Masjid Al-Falah untuk berusaha menunjukkan rasa CINTA kami kepadamu Ya Rasulullah... (dengan usaha yang tak seberapa ini moga2 mendapat rahmatMu Ya Allah & syafaatmu Ya Rasulullah). Marilah sama-sama kita banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW moga dengannya kita akan mendapat syafaat di akhirat kelak.


Sabda Nabi SAW dar Ibnu Mas'ud ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah & para malaikatnya berselawat kepada Nabi. Wahai orang2 yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya & ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al-Ahzab: 56)

Tingkatan selawat:

1. Selawat dari Allah kepada Nabi & RasulNya bererti Allah memberi rahmat, memuji & melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad SAW kepadaNya.

2. Selawat dari malaikat kepada Nabi & Rasul bererti para malaikat memohonkan rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia (orang2 mukmin) kepada Nabi & Rasul bererti mengakui kerasulannya, berdoa agar diberi rahmat serta mengikuti ajaran Islam yang dibawanya.


Moga2 kecintaanku kepadamu Ya Rasulullah SAW bukan hanya sehari sahaja & moga ia akan berkekalan hingga bertemuMu di syurga kelak... amin.


4 ulasan:

Katak Hijau berkata...

(◡‿◡✿)*゚’゚・✿-♥-Salam Maulidur Rasul-♥-اللهم مصلى وسلام وبارك على سيدنا محمد علية افضل الصلاة والسلام

Tamar Ridzuan berkata...

sedih gak tak dapat g usj aritu..haih...

Ibnuzulkeflei berkata...

wancha: insyaAllah len kali kite g sama2

najiahtul: salam maulidur rasul pade sume...mg kite igt pd Rasulullah smpi bile2 dgn berselawat:
اللهم صلى على سيدنا محمد

TMUkmkd berkata...

huh mlm maulid tu wa masuk hutan :)