Sabtu, 12 Disember 2009

:: Mencari NUR KASIH ::



Alhamdulillah... lafaz syukur ku panjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang tak pernah jemu dikurniakan kepada hamba-hambanya. Dah lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. Mungkin kerana terlalu leka mengejar nikmat dunia yang tak pernah cukup buat kita yang bergelar manusia. Hatta sampai tiada masa mencari NUR kasih ILAHI... Astaghfirullah.

Entry kali ini bukan aku ingin berbicara berkenaan dengan drama yang sangat popular di kaca-kaca TV mahupun di laptop-laptop hasil download cerita bersiri iaitu cerita NUR KASIH di TV3 setiap hari jumaat yang penontonnya hampir mencecah 4.1 juta manusia setiap kali episod. Namun sedarkah kita berapa ramai yang mencari NUR Kasih ILAHI...



Marilah kita sama-sama bermuhasabah apakah kita sanggup meluangkan masa beberapa ketika atau beberapa minit untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan solat jemaah, solat-solat sunat, membaca Al-Quran, mendengar kuliah agama dll semata-mata mencari NUR kasih ILAHI? Kalaulah Adam boleh menunggu Nur beberapa tahun semata-mata untuk bersama dengan Nur, apakah kita tidak boleh meluangkan hanya beberapa minit atau beberapa jam untuk berQiamullail dan melakukan ibadat-ibadat lain hanya sanya untuk bersama ILAHI menjadi generasi ROBBANI???

Kita marah dan benci bila Sarah melaga-lagakan Nur dengan Alya & Adam, namun pernah kah kita fikir semua sifat yang ada pada Sarah itu ada juga pada diri kita. Kita sendiri boleh tengok macam mana negara kita sendiri ada puak-puak yang semacam Sarah... Kalau disebabkan Sarah, rumah tangga Aidil & Alya boleh berpecah; apakah natijahnya kalau berlaku dalam kondisi masyarakat Muslim itu sendiri... Marilah sama kita renungkan & perbaiki diri kita dengan mencontohi peribadi junjungan besar Nabi Muhammad SAW.



Marilah kita renungkan yang didikan agama itu amat penting untuk menjamin kehidupan kita di alam akhirat nanti. Ia bermula daripada institusi keluarga itu sendiri yang dapat membentuk peribadi individu muslim yang seterusnya dapat membentuk baitul (keluarga) muslim dan masyarakat muslim & akhirnya maka akan wujudlah daulah (negara) Islamiyah di bawah pimpinan khilafah Islamiyah... InsyaAllah


Yang bermaksud : Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada sekalian mukmin…Az-Zariat: 55.

Moga-moga kita semua dapat menjadi hamba-hambaNya yang SOLEH & SOLEHAH agar kita dapat bertemu dengan NUR KASIH ILAHI...amin

Tiada ulasan: