Jumaat, 17 Julai 2009

Khutbah Jumaat dalam sejarah di PPUKM


Alhamdulillah seperti biasa pada hari jumaat, aku pergi solat jumaat di PPUKM..
Bila sampai je di Surau Ibn Sina, terdengar seorg ust sedang memberi kuliah yg agak menarik..
tp ak x smpt mndgr dari awal..

Tp alhamdulillah, aku diberi peluang mendengar khutbah jumaat yg disampaikan oleh ustaz tersebut..maudu'nya berkisarkan tentang 'MENJAGA SOLAT'. Aku terkejut sebab blm prnh khutbah Jumaat kat PPUKM style camni. Seronok sangat bile mendengar khutbah jumaat yg disampaikan oleh ustaz ni sehingga hilang rasa mengantuk para hadirin yg mndgrnya termasuk aku..sbb ustaz ni bukan sekadar membaca teks khutbah tp memberikannya dengan cara spontan seperti memberi ceramah..

Bayangkan kebiasaannya kebanyakan jemaah yg hadir utk solat jumaat akan tertido bile time khutbah nak start. Tapi hari ni ALHAMDULILLAH kebanyakan mereka khusyuk mendengar khutbah yg disampaikan oleh ustaz ni. sehinggakan kebanyakan mereka x tertido. aku cuba pandang sekeliling, aku tgk kebanyakan jemaah terjaga & begitu fokus dgr khutbah. SUBHANALLAH.

Antara intipati khutbah tersebut:

1.
Tanggungjawab bapa terhadap anak : Mencari bakal ibu yang baik untuk anak yang bakal dilahirkan,Memberi nama yang baik untuk anak, dan memberi ilmu Al-Quran, fardhu ain dan ilmu peradaban kepada anak.(Saidina Umar r.a)

2. Pesan Luqmanul Hakim kpd anaknya: “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan dan larangkan mereka berbuat kemungkaran dan sabarlah di atas kesusahan yang menimpa engkau. Sesungguhnya urusan sedemikian adalah dari urusan-urusan yang dilakukan dengan penuh keazaman.” (Surah Luqman ayat:17)

3. Jagalah SOLAT walau kat mana kite berada..kerana ia amat penting sekali.
Solat diberikan direct oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW.

Wallahu'alam

p/s: Nantikan kemunculan Ustaz ni di Surau Ar Razi KTDI, PPUKM. InsyaAllah minggu depan...

Tiada ulasan: