
Apa itu O & G???
O=obstetric=perbidanan & G=gynaecology=sakit puan
Pertama kali kakiku jejak di alam klinikal kat PPUKM & dapat plak posting pertama iaitu O & G.
Banyak pengalaman yang dapat diperolehi.
Antaranya:
- Melihat betapa susahnya ibu2 mengandung berjalan membawa kandungannya selama 9 bln sehingga sakit2 belakang (tapi si ibu x pernah mengeluh)
- Melihat kesungguhan si ibu untuk menjaga kandungannya dgn baik sehingga sanggup duduk di ward hampir sebulan (cth: jika si ibu ada uri kat bawah=Placenta Praevia)
- Betapa perit & sakitnya ibu2 ini utk melahirkan bayi2 kesygn mereka ke dunia sehingga perlu meneran sepenuh tenaga yg mereka ada demi anak yang tersayang. Sehinggakan x ada daya lg utk meneran, ibu2 ini x pernah berputus asa.
- Dalam kesakitan melahirkan si anak, si ibu masih lg blh tersenyum gembira tanda syukur kepada YANG MAHA ESA melihat si anak slmt dilahirkan. Sehingga sakit meneran tadi hilang di tiup angin jauh entah ke mana....
Begitulah pengorbanan yang amat besar oleh seorg yg berhati mulia bernama "IBU"
Konklusinya: Jagalah ibu kita selagimana mereka masih ada di muka bumi ini. Berkorbanlah apa saja untuk mereka, hormatilah mereka & doakanlah kesejahteraan mereka dunia & akhirat..
Ingatlah!!!! Jasa & pegorbanan mereka.
Kerna "Syurga terletak di bawah telapak kaki IBU"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan