Selasa, 24 Jun 2008

MuHaSabAh.....

Lafaz Assalamualaikum ku mulakan bual bicara ini.

Kebelakangan ini kerap berlaku kejadian musibah atau bencana yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Daripada bumi Asia Barat - Palestin, ke Nusantara - Indonesia, ke Eropah Timur dan terbaru, di bumi Afghanistan. Mengapa perkara sebegini menimpa umat Islam? Adakah ini merupakan satu bentuk hukuman dan peringatan Allah swt ke atas umatNya yang semakin lalai mengingatiNya, bermusuh sesama sendiri dan lupa akan kehidupan Akhirat kerana semakin sayang dan cintanya kepada dunia semata-mata? Di Malaysia kini bagaimana? Semakin banyak bukti yang telah saya terima dan lihat, membuktikan akhlak remaja dan masyarakat kita semakin condong ke arah kemaksiatan dan berpaksikan kepada kiblat hiburan yang dicedok membuta tuli dari Barat. Sepatutnya kemajuan serta kemakmuran yang Allah swt kurniakan kepada kita sepatutnya seiring dengan peningkatan kesedaran Islamiah dan nilai-nilai yang lebih murni. Tetapi rupa-rupanya, masih ada di antara kita yang semakin hanyut.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari kemungkaran Engkau. Ya Allah! Engkau lindungilah kami dari godaan syaitan yang direjam. Amin.

Tiada ulasan: